Sunday, May 15, 2016

~ Dajjal semakin hampir ~

                                       السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم, kaum keluarga baginda, para sahabat dan taabi' tab'iin. Syukur kepada Allah atas nikmat ISLAM dan IMAN..

Sekadar perkongsian ilmu daripada Ustaz Wadi Annuar tentang Fitnah dajjal.

 حسبنا الله ونعم الوكيل  Kita beruntung Allah jadikan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah '-'...Dalam satu hadis, ada berita gembira untuk umat Nabi Muhammad SAW iaitu dalam kalangan ahli syurga 2/3 daripadanya adalah umat Nabi  Muhammad صل الله عليه وسلم. Tetap ada dua berita yang menakutkan buat kita iaitu:
- saksi berlakunya peristiwa kiamat
- berhadapan dengan zaman pemerintahan dajjal

Allah..sungguh kita sebagai umat nabi Muhammad صل الله عليه وسلم sepatutnya membuat persediaan daripada sekarang untuk menempuh 2 peristiwa ini..
Hadis Nabi صل الله عليه وسلم,:
"Tidak ada Nabi kecuali Nabi akan memberi peringatan tentang bahaya dajjal".

Dajjal akan keluar bila-bila masa sahaja.  Di antara petanda dajjal akan keluar bila kita melihat tanda-tanda kecil telah habis.Kini, telah banyak berlakunya tanda-tanda kecil kiamat. Allahu..Ada 120 tanda-tanda kecil. Tanda-tanda kecil yang telah berlaku pada zaman Rasulullah  صل الله عليه وسلم ialah:
-kelahiran baginda  صل الله عليه وسلم
-Rom dikalahkan oleh Parsi
-Binatang boleh bercakap
-Bulan terbelah dua
Salah satu di antara 10 tanda besar kiamat ialah FITNAH DAJJAL... حسبنا الله ونعم الوكيل  


Hadith Sahih ini diriwayatkan oleh Amir Ibnu Sharahil Shabi Shab Hamdan dan disampaikan dari Fatimah binti Qais dan Fatimah mendengar hadith ini terus dari baginda Rasulullah SAW. Hadith ini sangat panjang dan izinkan saya untuk meringkaskan hadith ini dalam bentuk cerita:

Pada suatu hari, selepas menunai solat fardhu, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar dan berkata kepada semua para sahabat baginda yang berada di dalam masjid itu. "Aku akan memberitahu kalian tentang apa yang pernah aku katakan dahulu, telah diberi kepastian oleh seorang pemuda". Baginda SAW menceritakan tentang pengalaman seorang Nasrani bernama Tamim ad-Dari yang baru memeluk Islam dan berbaiah kepada baginda. Cerita yang disampaikan oleh Tamim ad-dari sangat bertepatan dengan apa yang dikisahkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat sebelum ini.

Pada suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 30 orang lelaki dari kaum Lakhm dan Juzdam mengharungi lautan (Sheikh Imran memberi pendapat bahawa laut itu adalah Laut Mediterranean berdasarkan tempoh yang panjang untuk menjumpai daratan) dan dilambung badai dan gelora. Setelah dilambung badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau itu dengan menaiki perahu kecil. (Sheikh Imran berpendapat bahawa Pulau itu adalah Britain)

Setibanya mereka sampai di pulau tersebut, mereka sangat terkejut apabila didatangi oleh seekor binatang yang tebal bulunya. Sehingga mereka tidak dapat membezakan yang mana satu bahagian belakang dan depan binatang itu.
“Apakah kamu ini?” tanya mereka kepada binatang itu.
“Akulah pengintip rahsia (iaitu Jassasah)”, jawab binatang berbulu lebat itu. (Jassasah ialah apa yang kita anggap selama ini sebagai Bigfoot)
“Pengintip apa?” mereka bertanya lagi.
“Tak usahlah kamu bertanya lagi. Pergilah kamu temui seorang lelaki yang berada di dalam biara (monastri) kerana ia sangat merindukan berita dari kamu”, jawab binatang itu lagi.
Mereka pun pergilah ke biara itu. Apabila mereka sampai di dalamnya, mereka menjumpai sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat. Kedua tangannya dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi hingga buku lalinya.
“Makhluk apakah kamu ini?” tanya mereka kepada makhluk itu.
“Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku. Kamu pula siapa?” tanya makhluk itu kembali.
“Kami adalah bangsa Arab. Kami belayar di laut yang bergelora lalu kapal kami dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami terdampar di pulaumu ini”, jawab mereka.
Setelah mendengar penjelasan mereka, makhluk berantai itupun bertanya, “Cuba ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan. Adakah ia masih berbuah?”, tanya makhluk itu.
“Ya! Ia masih berbuah.” jawab mereka.
“Sesungguhnya hampir ia tidak berbuah lagi. Bagaimana pula tentang Tasik Thabariayah (Sea of Galilee)? Apakah ia masih ada air?” tanya makhluk itu lagi.
“Airnya masih banyak.” jawab mereka.
Lalu dia berkata “Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering”. Kemudian dia bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan mata air Zughar? Apakah masih ada airnya dan apakah penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka?” tanya makhluk itu lagi kepada mereka.
“Ya! Airnya masih banyak dan penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka”, jawab mereka.
“Bagaimanakah dengan nabi orang-orang ummiyin (yakni Nabi Muhammad SAW)? Apakah yang dikerjakannya? Dan apakah orang-orang Arab memeranginya?”
“Dia dilahirkan di Mekah dan telah berhijrah ke Yathrib (Madinah). Ya, mereka memeranginya” jawab mereka.
“Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka?” tanya makhluk itu berkenaan Rasulullah.
“Dia telah banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya” mereka menjawab.
“Sungguhkah itu yang terjadi?”, tanya makhluk itu untuk mendapatkan kepastian.
“Ya! Sesungguhnya itulah yang terjadi”, jawab mereka dengan yakin.

Lalu makhluk itu berkata:
“Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang terbaik. Maka sekarang ini aku ingin memberi tahu kepadamu siapakah sebenarnya aku. Akulah Al-Masih Ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku keluar nanti aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada sebuah kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali Makkah dan Tahibah (Madinah). Kedua kota ini diharamkan ke atasku. Aku dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang menjaganya”, terang makhluk yang bernama AD-DAJJAL AL-MASIH itu.
Rasulullah SAW menghentak tongkatnya seraya berkata “Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah yakni Madinah. Bukankah aku telah sampaikan berita ini kepada kamu semua?”
“Benar, wahai Rasulullah!”, para sahabat menjawab.

Di mana dajjal akan keluar?
-Nabi Muhammad bersabda صل الله عليه وسلم :
"Dajjal akan keluar di Asfahan@Khurasan di Iran(ramai syiah di sini)"
Sebelum munculnya dajjal sebenar, akan keluar 30 dajjal kecil. Antaranya ialah kini, Pemerintah Bashar Assad yang mengisytihar diri sebagai tuhan. 

Macam mana rupa dajjal????? Matanya buta di sebelah kanan, mata di sebelah kiri terkeluar sedikit dan dahinya tertulis 3 huruf كفر (kafir). Allahu..
Apa slogan dajjal??? "Akulah Tuhan sekalian alam"..
Dajjal muncul selama 40 hari. Menurut ulama' panjang 1 hari bersamaan 365 hari(setahun) dan panjang sehari adalah hakikat bukan simbolik semata-mata. Hari kedua = 30 hari, hari ketiga = 7 hari, hari keempat dan seterusnya kembali seperti biasa..Jumlah hari dajjal berada di bumi selama 440 hari. 

Para sahabat bertanya 2 soalan kepada Rasulullah صل الله عليه وسلم
1) "Adakah cukup solat kami 5 waktu?"
Nabi صل الله عليه وسلم bersabda:::"Tidak cukup solat 5 waktu, tetapi setiap kali masuk waktu solat kamu perlu solat".
2)"Sempat ke dajjal mengelilingi bumi???Laju k?"
Nabi صل الله عليه وسلم bersabda:::"Dajjal ini kelajuannya seperti awan yang ditolak oleh angin kencang."

Bila dajjal mengisytiharkan diri...
-Langit berhenti menurunkan hujan dan tanah juga tidak mengeluarkan sebarang tumbuhan.
-Manusia kelam kabut apabila ketiadaan air dan makanan.
-Manusia sanggup berbunuhan untuk dapatkan airi dan makanan.
-Semua manusia akan tunduk kpd dajjal kecuali orang2 yg beriman sahaja.
-Makanan org2 beriman ialah zikir 

-Orang beriman kenyang dgn mengamalkan zikir ini selama 40 hari.
Dajjal muncul bersama 70 000 pengikut(yahudi Iran-pembantu kanan dajjal). dajjal membawa kekayaan dunia dan sihir hebat dgn menyeru bumi mengeluarkan tumbuhan, menyeru langit menurunkan hujan dan menundukkan tanah. Sihir dajjal yang paling hebat ialah menghidupkan orang mati.

Marilah kita sama-sama menyiapkan bekalan untuk mengadapi hari bertemu dajjal dan hari akhirat.
Di antara amalan yang boleh dibuat ialah:
1)mencari ILMU
2)BERIMAN dengan sebenar-benarnya.melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNYA.
3)membaca 10 ayat pertama surah al-kahfi(elak fitnah dajjal) dan 10 ayat terakhir surah al-kahfi (elak fitnah2 dunia).Paling mujarab baca 20 ayat di waktu pagi dan 20 ayat di waktu petang atau malam..
Sekadar itu perkongsian drp Ustaz Wadi Annuar..moga dapat kita ambil iktibar dan amalkan..
Semoga Allah menjaga kita semua dan sentiasa dalam perlindunganNYA..insya ALLAH Aamiin :)
WALLAHU A'LAM...


Tintanajihah: "Keep ALLAH in our heart"
               

Tuesday, January 14, 2014

Kami merinduimu Ya Rasulullah Habibullah...

Bismillahirrohmanirrohim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..Alhamdulillahirobbil 'alamin dgn izin Allah kita bersua kembali. Selawat dan salam buat junjungan kita Rasulullah S.A.W,para sahabat, kaum kerabat, tabi' tabi'in, dan para ulama'..Syukur kpd Allah atas nikmat iman dan Islam yg dikurniakan Allah buat kita sebagai hambaNYA yang kerdil di sisiNYA..

Hari ini 12 Rabi'uawwal 1435 Hijrah(14 Januari 2014) merupakan tarikh sambutan maulidur Rasul..Nabi Muhammad S.A.W. yg kita rindui dan cintai. Marilah sama2 kita memperbanyakkan selawat dan salam buat baginda tanda kita kasih dan cinta sebagai umat baginda. Pohonlah keredhaan Allah atas amal ibadah yang kita lakukan ini..moga ikhlas kerana LILLAHITAALA.










Sama2 kita amalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita. berusahalah untuk tetap istiqamah(berterusan) dalam melakukan sesuatu amalan.Sedikiti-sedikit lama2 menjadi bukit.^ _ ^

Tintanajihah: "Keep ALLAH in our heart"

Tuesday, March 12, 2013

Jom Laksanakan Tanggungjawab Bersama


Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taala Tuhan semesta alam,yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat kekasih Allah & kita semua dan sekalian alam, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,para sahabat dan ahli keluarga baginda. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk kita sama-sama menikmati nikmat hidup, Iman dan Islam. ^_^

Beruntungnya bagi mereka yang mendapat hidayah Allah melalui jalan dakwah dan tarbiyah. Jalan dakwah & tarbiyah bukanlah sesuatu yang mudah dan senang. Dalam melaluinya, perlu menempuhi pelbagai onak dan duri. Begitulah juga untuk menuju ke jalan syurga. Syurga Allah terlalu mahal bagi sesiapa yang ingin memasukinya.

Kehidupan kita di dunia yang sementara ini hanyalah sebagai seorang pengembara. Pengembara yang masih bermusafir di dunia untuk mencari bekalan kebaikan dan kebajikan bagi mendapatkan keredhaan Allah yang hakiki. Perjalanan di dunia ini sebagai tempat perhentian sebelum dibawa menempuh alam yang kekal abadi selama-lamanya. Alangkah beruntungnya mereka yang selalu mempersiapkan bekalan di dunia untuk menuju ke alam yang seterusnya iaitu Akhirat.

Sebagai manusia yang telah diciptakan Allah sebagai makhlukNYA yang sempurna, kita diberi tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dan hamba kepada Allah. Peranan khalifah di muka bumi bukan sahaja sebagai pemimpin malah sebagai da’i(pendakwah) yang sentiasa menjalankan amanah Allah dalam menyuruh kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran. Walau di mana jua kita berada, pastikan kita sentiasa melaksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya. Hamba kepada Allah pula ialah sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNYA. Dalam hal ini, Allah & RasulNYA menjadi keutamaan kita dalam semua perkara dan amalan yang menyeluruh dalam kehidupan kita. Jadikan segala ibadah yang dilakukan berdasarkan keikhlasan yang sebenar kerana Allah.

Dalam kehidupan ini, kita sebagai hamba Allah tidak terlepas daripada tanggungjawab menyebarkan dakwah kepada semua. Bukan sahaja meliputi orang kafir bahkan juga kepada umat Islam secara umumnya. Nabi Sallahu alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” Nabi S.A.W mengajak kepada kita semua agar meneruskan tugas penyampaian dakwah yang telah dibuat oleh baginda. Walaupun baginda S.A.W tidak bersama dengan kita pada waktu ini, jangan jadikannya sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Ruginya bagi mereka yang mengetahui sesuatu perkara, tapi tidak berusaha menyampaikannya kepada orang lain.

Ana mengajak kepada diri ana dan sahabat-sahabat untuk sama-sama menyampaikan dakwah walaupun kurangnya ilmu pada diri kita. Tetapi yakinlah sesuatu ilmu yang sedikit tetapi disampaikan dengan seikhlas hati, Allah akan memberi ganjaran yang sangat besar kerana telah menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNYA. Mugkin kita merasakan kita masih belum bersedia, tetapi tanyalah pada diri sendiri jika kita belum berusaha mencuba untuk menyampaikan dakwah dan berpesan-pesan kepada kebenaran,apakah nanti akan ada hasilnya???

Muhasabah diri kembali..adakah kita mahu masuk syurga sorang-sorang?? Macam mana dengan ahli keluarga, rakan-rakan, dan mereka di sekeliling kita? Sanggup ke kita biarkan terus lalai dengan dunia mereka sendiri tanpa mengenal kebenaran Islam yang sebenar? Ayuh koreksi diri. Jangan biarkan diri terlambat dan menyesal untuk menyampaikan ISLAM  yang syumul. Dalam berdakwah, sampaikanlah Islam kepada semua. Tak kira kanak-kanak,orang muda, orang tua, orang yang tidak dikenali  dan sesiapa sahaja.
Allah mengurniakan akal yang sejahtera kepada kita. Marilah kita sentiasa meningkatkan diri kita dengan amalan-amalan kebaikan dan meningkatkan ilmu pengetahuan. Kita bukanlah insan yang sempurna, dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Sama-sama kita mengislahkan(perubahan)  diri ke arah yang lebih baik. Dalam menjalani kehidupan ini, berusahalah untuk menguruskan masa dengan baik. Ingatkan diri kita untutk sentiasa melebihkan hal-hal akhirat berbanding keduniaan. Jangan jadikan matlmat  kehidupan di dunia ini untuk mengumpukan harta dan pangkat semata-mata.

Sama-sama kita berusaha dengan bersungguh-sungguh menegakkan kebenaran dan mencegah segala keburukan. Setiap orang mempunyai kelebihan diri masing-masing. Kenali dirimu apakah kebolehan yang ada dan asahlah kebolehanmu itu untuk kepentingan Islam. Jika kamu suka menulis, makan tulislah perkara-perkara yang mengingatkan kita semua kepada Allah. Mungkin orang lain ada kebolehan dalam berbicara, meng’edit’ video atau gambar, sukakan fotografi, melukis dan sebagainya. Maka, gunakanlah kelebihan yang Allah beri itu pada jalan yang betul. Selain itu, banyak medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan dakwah Islam. Antaranya melalui facebook, twitter, blog, sms dan sebagainya. Gunakanlah manfaat teknologi sebagai medium untuk berpesan-pesan dan saling menasihati antara satu sama lain. Segala-galanya bergantung kepada diri kita sendiri. Yang paling penting, mulakanlah sesuatu dengan langkah yang pertama. Teruskanlah berusaha untuk sentiasa menjaga hati dan mengiklaskan niat kerana Allah. Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNYA yang sentiasa menolong agama Allah. Firman Allah dalam Surah Muhammad 47;7

7.  Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Ayuh mulakan langkah yang pertama. Jangan berikan alasan sebelum kita berusaha untuk melaksanakannya. Yakin kepada Allah yang sentiasa menjaga kita. Jom sama-sama kita berpimpinan tangan menuju syurga Allah (^ __^) J

Monday, November 05, 2012

Cintailah ALLAH terlebih dahulu ^ _ ^

ASSALAMUALAIKUM. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taala Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat, dan para sahabat baginda..Syukurlah kepada Allah atas segala nikmat hidayah,iman, Islam & nyawa yg masih dipinjamkan kepada kita di atas muka bumiNYA.. :)

Dalam menjejak laman web Iluvislam.com, ana terjumpa artikel yang menarik berkaitan Cinta Allah Cinta yang Maha Agung..^ _ ^
sekadar copy paste utk renungan bersama :)...


Cinta Yang Teristimewa

baby

Menginginkan kebahagiaan dalam cinta, harus bermula dengan mencintai Sang Pemberi Cinta, Allah yang Maha Esa. Ini tazkirah untuk saya dan kita :)
Jika kita melupakan Allah, kita tetap mampu mencintai si dia. Tapi sebentar cuma. Kita tak akan cinta bila si dia menunjukkan kelemahan dan terpamer keburukan. Kita juga selepas beberapa ketika hadir jemu di sisinya. Kita manusia, kuasa mencintai kita terbatas.
Namun bila kita mencintai Allah, kuasa mencintai kita menjadi hebat. Kita mampu memaafkan, hati kita luas dan lapang, kita menutup keaiban, memberi kasih sayang tanpa syarat, tidak marah, tidak menghukum, walau kadang kita mungkin melukakan hati si dia juga.
Allah, amat besar cinta yang dianugerahkan kepada orang-orang beriman.
Allah tak bosan dengan kita, makin kita mendekati Allah, makin Allah lebih cepat mendekati kita. Sedangkan si dia, dia rimas kita terkejar-kejar dia atau asyik menghubunginya. Seperti firman Allah dalam hadis Qudsi:-
"...Dan jika dia mendekati kepadaKu sejengkal, Daku akan mendekati kepadanya sehasta; Dan jika dia mendekati kepadaKu sehasta, Daku akan mendekati kepadanya sedepa; Dan jika dia mendatangiKu sambil berjalan, Daku akan mendatanginya dengan berlari.." 
(Riwayat Bukhari)
Allah boleh jaga kita sepanjang masa, bukan seperti si dia, diri dia pun selalu tak terjaga - malah dia pula menuntut kita menjaga dan memberi perhatian padanya :D (tak mengapa, kerana pasangan yang baik memang saling menjaga!)
Allah selalu ada bila kita perlukanNYA, bukan seperti si dia yang sibuk dengan urusan dunia yang tak selesai. (malah urusan berkaitan kita juga !)
Allah mendengar suara hati, sangat memahami setiap turun naik perasaan, mengetahui setiap hela nafas yang kegembiraan dan kesedihan. Bukan seperti si dia yang kadang sukar memahami.
Allah bagi kita hadiah dan nikmat macam-macam, yang sangat berharga untuk kita - yang kita tak boleh beli di pasaran... ada di pasar malamkah sekilo biji mata? Atau sekampit usus? Atau sepasang buah pinggang? :D
Maka, jalinkan cinta dengan DIA yang amat sempurna, sebelum menjalin cinta dengan manusia.
Malah, kita ajak si dia mencintai Allah lebih dari kita mencintai satu sama lain. InsyaAllah kita akan jadi pasangan yang paling bahagia. Allah lah yang akan jadikan si dia pasangan yang tak jemu dengan kita, yang menjaga kita, yang di sisi bila kita perlukannya. Alhamdulillah. Kalau dia tak ada di sisi, kita tenteram kerana kita dan si dia mengiktiraf penjagaan Allah lebih dari segalanya :)

Jika mencintai suami, anak-anak, keluarga, teman-teman - cintailah kerana kita mencintai Allah.
Maka berkongsi kasih sayang terasa indah. Jika si dia tak ingin mendekat dengan Allah, jangan putus asa, kita terus berbuat baik kepadanya, insyaAllah mudah-mudahan usaha kita menjadi sebab untuk dia mendapat hidayah Allah.
Jika ingin cinta kekal, cintailah Allah Yang Maha Kekal. CintaNya Tak pernah hilang.
Jika mencintai benda dan orang, tetapi tidak belajar mencintai Tuhan Pemberi Kehidupan... Selamanya tidak bertemu kebahagiaan ♥
Cinta tidak diikat dengan harta, tetapi dengan kekayaan Allah Yang Maha Memberi.
"...DIAlah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." 
(Surah al-Anfaal ayat 62-63)
Kadang tertanya, kenapa kita tidak miliki cinta?
Bersedihlah namun bangkitlah usahakan sebuah keimanan. Kerana Allah pasti berikan cinta pada hamba yang beriman. Luaskan erti cinta pada insan sekeliling- ibu ayah, keluarga, teman-teman dan orang-orang soleh, bukan sekadar lelaki atau wanita yang di damba.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang." 
(Surah Maryam ayat 96)
Ayuh berkongsi cinta, sebarkan bahagia dengan setia mencintai Tuhan!

Sangat terkesan di hati ana.Sedarlah cinta Allah kite tidak akan kecewa..cinta manusia pasti ade kekurangan..Muhasabah diri sentiasa :)
Wassalam..
INSAN KERDIL DI CC ALLAH..

Wednesday, October 17, 2012

Subhanallah Indahnya Alam Ciptaan Allah

Assalamualaikum. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taala Tuhan Semesta Alam. Alhamdulillah dgn segala nikmat Iman & Islam serta nyawa. Selawat & salam buat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kaum kerabat dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, hujung minggu nie , ana berpeluang rehlah bersama rakan-rakan ana. Walaupun hanya sekejap, tapi sangat memberi kesan kepada hati yang makin lalai mengingati Allah.

Pada 13 Oktober 2012, ana pergi ke Taman Botani bersama seorang sahabat ana dengan menaiki motor yg dipinjam ^ _ ^. Ana penuhi permintaan sahabat yang berhasrat  sangat di hati nak main basikal..ana pun tumpang kaki sebab dah lama x main basikal :)..Alhamdulillah, Allah memudahkan perjalanan kami walaupun ana tidak ingat jalan ke sana. Dengan izinNYA, kami tiba di sana kira-kira jam 8 pagi. Sebelum kaunter basikal dibuka jam 9 pagi, kami sempat bersarapan roti sandwich sardin & jem. Alhamdulillah, terima kasih buat sahabat ana yang sudi infaq tenaga & masa utk buat sarapan nie.. =)

Kira-kira jam 8.45 pagi, sahabat ana beratur utk membeli tiket rm4 untuk 1 jam. Selepas membuat perbincangan, kami membuat keputusan nak main 2 jam..(excited sangat :) )...Alhamdulillah, kami bergerak main basikal kira-kira jam 9.15 pagi. Kami mengayuh basikal melihat keindahan alam ciptaan Allah. Subhanallah, cantiknya alam ini bile ditadabbur dengan hati yang tidak alpa dalam mengingatiNYA. Terasa kerdilnya diri sebagai hamba Allah, hanya Allah yang Maha Berkuasa dalam mencipta segala-galanya.

Kami menaiki & menuruni bukit, melalui tasik yg cantik, melihat pokok-pokok bunga yang berwarna-warni, dan melihat ikan di dalam tasik. Pengalaman yang sangat menyeronokkan bile ana & sahabat ana dapat melihat ikan yang sangat banyak di tasik. Subhanallah, ikan-ikan itu boleh dilihat di tebing tasik je. Ana & sahabat ana sangat teruja dan seronok bile dapat melihat 3 orang akak memberi makan roti kepada ikan-ikan itu. Kami pun teringin nak merasai peluang memberi makanan walaupun kami tidak bawak apa2 makanan. =)...Alhamdulillah, Allah dengar doa kami. Salah seorang akak yang baik hati itu memberi 4 keping roti. Syukur kepada Allah yang Maha Mengetahui.

Kami bergilir-gilir memberi roti kepada ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu pun berebut-rebut nak makan.. :)
Subhanallah tak dapat ana gambarkan perasaan teruja & gembira..Seronok sangat...
Selepas tu, kami cuba memegang roti tu dan letakkan roti dalam air..banyaknya ikan-ikan datang makan. sehingga akhirnya kami terlepas roti selepas beberapa ketika. Tapi pengalaman ni sangat berharga buat ana dan sahabat ana kerana berpeluang merasai memberi ikan-ikan makanan pada jarak yag sangat dekat. Hebatnya kuasa Allah yang mengatur perancangan yang terbaik untuk kami. Alhamdulillah..

Walaupun rehlah ini sekadar untuk mengisi masa lapang di hujung minggu, tapi banyak pengalaman dan pengajaran yang kami dapat.
Benarlah firman Allah dalam Surah Ali- Imran 3;190-191 :




190: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.
191:  Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan lanjut dan bumi (seraya berkata), “Ya Robb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka.”

Gambar sebagai kenangan:








Basikal yang dinaiki =)
Ikan-Ikan yang sangat banyak

Jarak dekat 

Subhanallah...

Subhanallah...



Kredit untuk sahabat ana .......... atas kameranya..Syukron... ^ - ^

Moga kita sama-sama dapat menghayati alam ciptaan ALLAH di sekeliling kita..insya Allah..
AMIN... 



Friday, September 14, 2012

OH MUSLIMAH ^ _ ^



بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM. Alhamdulillah,segala puji bagi ALLAH tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah yang masih memberi nikmat nyawa,Islam dan Iman buat kita. Syukur kepadaNYA atas segala nikmat kurniaanNYA.
Ana hanya sekadar ingin berkongsi sebuah lagu nasyid yang terkesan di hati. Just to share what I feel.. J

Tajuk : Muslimah
Munsyid : Nazrey Johani

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


PESANAN BUAT DIRI:::
Berusahalah untuk menjadi wanita solehah sebelum mendapat calon suami yang soleh..INSYA ALLAH.Amin.. ^ _^

Friday, July 20, 2012

BULAN RAMADHAN 1433 HIJRAH KEMBALI :)

Bismillahirrahmanirrohim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Alhamdulillah, selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,
ahli keluarga & para sahabat baginda.


ALHAMDULILLAH, dapat bertemu kembali dgn bulan Ramadhan al- Mubarak 1433 Hijrah. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk mengecapi nikmat bulan ini. Ayuh sama-sama tingkatkan amal ibadah ikhlas kerana Allah. Jom perbaiki diri ke arah yang lebih baik & tingkatkan keimanan & ketaqwaan kepadaNYA.


Sebaik tiba bulan Ramadhan,Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Empat jenis zikir yang tdk patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan iaitu:
1)Beritighfar
2)Memperbanyakkan ucapan syahadah
3)Berdoa meminta syurga
4)Memohon keredhaan Allah "
*****Riwayat al-Baihaqi*****


JOM.JOM.JOM :)


Cuba Istiqomah...INSYA ALLAH...

TRAUMA DENGAN UNGKAPAN ITU...

Bismillahirrahmanirrohim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Alhamdulillah, selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,
ahli keluarga & para sahabat baginda....Bersyukur kepada Allah kerana dgn izinNYA masih dapat bertemu di ruangan ini.Lamanya ana menyepi diri daripada penulisan ini. 


"Setiap manusia pasti akan merasai mati".Itulah janji Allah dalam kitab Al- Quran. Tiada sesiapa yang mampu menghalang qada' & qadar Allah. Apabila Allah berkata "kun fayakun", maka jadilah sesuatu itu..


Setiap kali ana mendengar berita kematian, ana jadi sebak & sedih. Ana pasti akan teringat kembali akan peristiwa kematian arwah ayah. Peristiwa yang telah mengubah sebahagian hidup ana. Pemergiannya tidak ana jangkakan. Ana rindukan arwah. Maafkan ana, YA ALLAH..


Apabila  ana diberitahu akan kematian atuk sahabat ana, perasaan sedih datang kembali. Ana trauma untuk menghadapi kenyataan ini. Ana sangat terasa dan sedih. Macam mana ana nak tenangkan sahabat ana yang tenggelam dalam kesedihan sedangkan ana juga terasa sebak sangat??? Namun, Allah telah pilih ana untuk bertemu dgn sahabat ana ini dan berada di sisinya untuk menenangkannya walaupun hanya seketika. Subhanallah, hebatnya perancangan Allah dalam merancang sesuatu perkara. Ana hanya mampu memeluknya & memberikan nasihat supaya ukhti bersabar. Ana juga tidak kuat, tetapi ana perlu tabah dalam menghadapi situasi ini.


Alhamdulillah, sahabat ana dapat mengawal emosinya. Ana tahu ukhti sangat tabah & kuat. Ana hanya dapat memberikan pelukan terakhir sebelum ana kembali ke bilik ana. Hanya doa mampu ana kirimkan buat arwah atuk ukhti, moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. AMIN...Ana berdoa kepada Allah agar ukhti kuat & tabah hadapi ujian ini...


*MUHASABAH BUAT DIRI ANA...
"Kita semua akan mati & kembali kepada NYA..Bersedialah dengan bekalan yang secukupnya. Beribadatlah dgn seikhlas hati selagimana kamu masih diberi peluang & nikmat nyawa..."

Perkongsian untuk diri...



Monday, February 13, 2012

Good Bye Jahiliyyah...


بسم الله الرحمن الحيم
..الحمد لله رب العلمين
.سلاوة دان سلام بوات رسول الله نبي محمد صل الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
MARI  BERIMAN  SEJENAK...


SayoNara(Good Bye) Jahiliyyah..

Apakah yg dimaksudkan dgn Jahiliyyah???
Jahiliyyah merupakan sesuatu perkara yg bertentangan dgn ISLAM. Jahiliyyah merangkumi diri & persekitaran. Jahiliyyah diri ialah sifat2 mazmumah & nilai2 buruk dalam diri seperti riak,sombong,hasad dengki,prasangka & sebagainya.Manakala jahiliyyah persekitaran ialah perkara yg berlaku di sekeliling seperti membuat perkara yg sia2(tdk memberi manfaat kpd diri) & lalai dalam menunaikan perintah ALLAH dgn sewajarnya. Muhasabah diri apakah perkara2 jahiliyyah yg sering dilakukan dalam kehidupan samada disedari @ tdk disedari.Dalam kehidupan ini, ambillah ISLAM secara keseluruhan.Berdasarkan firman ALLAH dlm surah al-Baqarah 2;208 yg bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu".
Jangan dicampuradukkan ISLAM & jahiliyyah dalam kehidupan.Kehidupan  seharian akan kucar-kacir & tidak seimbang dalam memahami ISLAM yg syumul.Cuba bayangkan satu analogi.Adik ingin minum susu.Lalu Ibu membancuh susu buat Adik dalam cawan.Cawan itu masih ada sisa-sisa air kopi.Namun,Ibu tetap mencampurkan susu di dalam cawan itu.Maka,jadilah air kopi susu bukan sepertimana yg dikehendaki oleh Adik. Hal yg seumpama ini akan berlaku dlm kehidupan jika ISLAM + jahiliyyah.Nak tinggalkan jahiliyyah dalam kehidupan bukanlah sesuatu yg mudah.Namun, jika tiada mujahadah yg kuat dalam meninggalkannya,maka jahiliyyah itu makin merebak & memberi keburukan buat diri,keluarga,masyarakat, dan negara.Adakah sesuai seseorang yg masih ada karat2 jahiliyyah dlm diri menjadi contoh teladan untuk orang lain?Renung2kan...
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W,masyarakat Jahiliyyah tetap jahil dgn dunia mereka.Namun, kedatangan Rasulullah dalam menyebarkan ISLAM memberi sinar cahaya kpd mereka.Imbas kembali bagaimana Rasulullah S.A.W membuang segala perkara jahiliyyah dalam diri para sahabat kemudian menanam aqidah dalam diri para sahabat.Bila sahabat faham akan sesuatu perkara,mereka akan berubah secara 100%.Hal ini menunjukkan betapa kuatnya aqidah yg telah ditanam oleh Rasulullah S.A.W.

Dalam melakukan sesuatu perubahan utk meninggalkan jahiliyyah, ada perkara yg perlu berubah secara drastik dan ada juga perubahan secara beransur-ansur. Perubahan secara drastik melibatkan kefahaman aqidah yg berkaitan dgn hati.Aqidah ini melibatkan pergantungan kita hanya kpd ALLAH.Perubahan secara beransur-ansur pula melibatkan perkara yg berkaitan dgn amalan.Cth jika dalam seminggu,biasanya baca Al-Quran 2 muka sahaja buatlah anjakan perubahan dgn melazimi diri membaca Al-Quran 7 muka utk seminggu.Perubahan ini perlulah istiqamah dan sentiasa diniatkan ikhlas krn ALLAH bkn kerana perkara lain.

Berdasarkan firman ALLAH dlm Surah At-Taghaabun 64;16 yg bermaksud :
"Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, Maka mereka Itulah orang-orang yang beruntung."
Dalam ayat ini,ALLAH menyeru manusia supaya bertaqwa & berubah mengikut kemampuannya.Namun,ALLAH tdk melihat hasil perubahan itu,tapi melihat kpd usaha yg bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perubahan.Teruskan berusaha ke arah melakukan perubahan selagi mana ada kemampuan & keupayaan.!!!

KENAPA JAHILIYYAH PERLU DITINGGALKAN???
# Orang ISLAM yg sebenar seharusnya menunjukkan peribadi Muslim yg sebenar.
# Untuk jadi CeRmIn kpd orang lain supaya boleh dicontohi
:sebagaimana peribadi Rasulullah S.A.W yg terlalu mulia & merupakan Al-Quran yg bergerak:
"AMALAN LEBIH BERKESAN DARIPADA KATA-KATA"

CARA UNTUK MENINGGALKAN JAHILIYYAH:::
1) Aqidah yg sejahtera - hanya berserah diri,yakin kpd ALLAH & tdk mensyirikkan ALLAH dgn perkara2 lain
                                      - tahu & yakin dgn kebenaran LILLAHITAALA

2)Ibadah yg sohih        - buat sesuatu amalan ikhlas kerana ALLAH & betul amalan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

3) Akhlak yg murni      - Rasulullah S.A.W sbg model
                                     - perlu mujahadah yg kuat dan latihan yg berterusan utk membentuk akhlak yg mulia

4) Sistem hidup yg lurus - berdasarkan wahyu/ayat al-Quran
                                         - nafsu(kita mengawal nafsu)

5) Wala'                    - mendekati ALLAH,menolong & berkasih sayang
                                 - kpd ALLAH,Rasulullah S.A.W & orang mukmin

Kesimpulan:
TAHU + YAKIN + AMAL
KOMITED + ISTIQAMAH + MUJAHADAH..

Tanam dalam diri hati & fikiran Buat sesuatu kerana ALLAH walaupun sekecil-kecil amalan..

Berusaha ke arah meninggalkan JAHILIYYAH !!!

Mari renungkan hadis ini..TANDA KEMANISAN IMAN

Hadith Rasul dari Anas bin Malik ra. 
" Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman iaitu  sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi segalanya, mencintai seseorang kerana Allah dan benci kembali kepada kekufuran seperti bencinya dicampakkan ke api neraka.".(Riwayat Bukhari)  ... 

TAZKIYATUN NAFS(PENYUCIAN JIWA


بسم الله الرحمن الحيم
..الحمد لله رب العلمين
.سلاوة دان سلام بوات رسول الله نبي محمد صل الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
MARI  BERIMAN  SEJENAK...

Terdapat 3 komponen utama dalam badan manusia iaitu:
1)Akal -Ilmu
2)Ruh/Hati - Amalan/ibadat
3)Jasad

Namun yg paling utama ialah Ruh/Hati yg menggerakkan akal & jasad..Sebagaimana Hadis keenam Rasulullah S.A.W dalam Hadis Arba'in yg bermaksud :
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara
yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati".
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Imam Al-Ghazali:
"Asas utk membentuk akhlak yg mulia bermula daripada penyucian jiwa"
Maksudnya kebersihan hati(dalaman) akan membentuk akhlah yg mulia(luaran) seseorang.Jadi nak tengok orang tu baik @ tidak,maka lihatlah akhlaknya.

CARA UNTUK MENYUCIKAN JIWA menurut Imam Al-Ghazali dlm kitab Ihya' Ulumuddin:


1.Jihad dengan latihan
Paksa diri utk berubah & niat ikhlas kerana ALLAH

2. Menempuh jalan yg berlainan dgn hawa nafsu
Nafsu terbahagi kpd 3 bahagian iaitu :
Mutmainnah(ketenangan)
Lawwamah(baik + jahat)
Ammarah(Marah)
______________________:::Beruntunglah mereka yg berusaha ke arah mendapatkan nafsu Mutmainnah>>>

3. Jihad dan pengorbanan
ALLAH menilai usaha kita..Sanggup berkorban masa,harta,tenaga utk memperolehnya..

4. Yakin dgn pertolongan ALLAH
Firman ALLAH dlm surah Muhammad 47;7 yg bermaksud:
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu".
Letakkan keyakinan yg tinggi hanya kpd ALLAH.Bergantung haraplah kepada ALLAH..

5. Mendampingi orang soleh

6. Menghadiri majlis ilmu



Untuk RENUNGAN..

Kata Syeikh Arab:"Kerehatan seorang da'ie merupakan kelalaian seorang da'ie"


RENUNGAN HADIS :


Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau
meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran
telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.

WALLAHU A'LAM...