Bismillahirrahmanirrohim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Alhamdulillah, selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,ahli keluarga & para sahabat baginda....Bersyukur kepada Allah kerana dgn izinNYA masih dapat bertemu di ruangan ini.Lamanya ana menyepi diri daripada penulisan ini.
"Setiap manusia pasti akan merasai mati".Itulah janji Allah dalam kitab Al- Quran. Tiada sesiapa yang mampu menghalang qada' & qadar Allah. Apabila Allah berkata "kun fayakun", maka jadilah sesuatu itu..
Setiap kali ana mendengar berita kematian, ana jadi sebak & sedih. Ana pasti akan teringat kembali akan peristiwa kematian arwah ayah. Peristiwa yang telah mengubah sebahagian hidup ana. Pemergiannya tidak ana jangkakan. Ana rindukan arwah. Maafkan ana, YA ALLAH..
Apabila ana diberitahu akan kematian atuk sahabat ana, perasaan sedih datang kembali. Ana trauma untuk menghadapi kenyataan ini. Ana sangat terasa dan sedih. Macam mana ana nak tenangkan sahabat ana yang tenggelam dalam kesedihan sedangkan ana juga terasa sebak sangat??? Namun, Allah telah pilih ana untuk bertemu dgn sahabat ana ini dan berada di sisinya untuk menenangkannya walaupun hanya seketika. Subhanallah, hebatnya perancangan Allah dalam merancang sesuatu perkara. Ana hanya mampu memeluknya & memberikan nasihat supaya ukhti bersabar. Ana juga tidak kuat, tetapi ana perlu tabah dalam menghadapi situasi ini.
Alhamdulillah, sahabat ana dapat mengawal emosinya. Ana tahu ukhti sangat tabah & kuat. Ana hanya dapat memberikan pelukan terakhir sebelum ana kembali ke bilik ana. Hanya doa mampu ana kirimkan buat arwah atuk ukhti, moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. AMIN...Ana berdoa kepada Allah agar ukhti kuat & tabah hadapi ujian ini...
*MUHASABAH BUAT DIRI ANA...
"Kita semua akan mati & kembali kepada NYA..Bersedialah dengan bekalan yang secukupnya. Beribadatlah dgn seikhlas hati selagimana kamu masih diberi peluang & nikmat nyawa..."
Perkongsian untuk diri...
No comments:
Post a Comment