Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam..Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم, kaum keluarga baginda, para sahabat dan taabi' tab'iin. Syukur kepada Allah atas nikmat ISLAM dan IMAN..
Sekadar perkongsian ilmu daripada Ustaz Wadi Annuar tentang Fitnah dajjal.
حسبنا الله ونعم الوكيل Kita beruntung Allah jadikan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah '-'...Dalam satu hadis, ada berita gembira untuk umat Nabi Muhammad SAW iaitu dalam kalangan ahli syurga 2/3 daripadanya adalah umat Nabi Muhammad صل الله عليه وسلم. Tetap ada dua berita yang menakutkan buat kita iaitu:
- saksi berlakunya peristiwa kiamat
- berhadapan dengan zaman pemerintahan dajjal
Allah..sungguh kita sebagai umat nabi Muhammad صل الله عليه وسلم sepatutnya membuat persediaan daripada sekarang untuk menempuh 2 peristiwa ini..
Hadis Nabi صل الله عليه وسلم,:
"Tidak ada Nabi kecuali Nabi akan memberi peringatan tentang bahaya dajjal".
Dajjal akan keluar bila-bila masa sahaja. Di antara petanda dajjal akan keluar bila kita melihat tanda-tanda kecil telah habis.Kini, telah banyak berlakunya tanda-tanda kecil kiamat. Allahu..Ada 120 tanda-tanda kecil. Tanda-tanda kecil yang telah berlaku pada zaman Rasulullah صل الله عليه وسلم ialah:
-kelahiran baginda صل الله عليه وسلم
-Rom dikalahkan oleh Parsi
-Binatang boleh bercakap
-Bulan terbelah dua
Salah satu di antara 10 tanda besar kiamat ialah FITNAH DAJJAL... حسبنا الله ونعم الوكيل
Hadith Sahih ini diriwayatkan oleh Amir Ibnu Sharahil Shabi
Shab Hamdan dan disampaikan dari Fatimah binti Qais dan Fatimah mendengar
hadith ini terus dari baginda Rasulullah SAW. Hadith ini sangat panjang dan
izinkan saya untuk meringkaskan hadith ini dalam bentuk cerita:
Pada suatu hari, selepas menunai solat fardhu, Rasulullah
SAW naik ke atas mimbar dan berkata kepada semua para sahabat baginda yang
berada di dalam masjid itu. "Aku akan memberitahu kalian tentang apa yang
pernah aku katakan dahulu, telah diberi kepastian oleh seorang pemuda".
Baginda SAW menceritakan tentang pengalaman seorang Nasrani bernama Tamim
ad-Dari yang baru memeluk Islam dan berbaiah kepada baginda. Cerita yang
disampaikan oleh Tamim ad-dari sangat bertepatan dengan apa yang dikisahkan
oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat sebelum ini.
Pada suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 30 orang lelaki
dari kaum Lakhm dan Juzdam mengharungi lautan (Sheikh Imran memberi pendapat
bahawa laut itu adalah Laut Mediterranean berdasarkan tempoh yang panjang untuk
menjumpai daratan) dan dilambung badai dan gelora. Setelah dilambung badai
selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau misteri yang berada
di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau itu dengan menaiki perahu
kecil. (Sheikh Imran berpendapat bahawa Pulau itu adalah Britain)
Setibanya mereka sampai di pulau tersebut, mereka sangat
terkejut apabila didatangi oleh seekor binatang yang tebal bulunya. Sehingga
mereka tidak dapat membezakan yang mana satu bahagian belakang dan depan
binatang itu.
“Apakah kamu ini?” tanya mereka kepada binatang itu.
“Akulah pengintip rahsia (iaitu Jassasah)”, jawab binatang
berbulu lebat itu. (Jassasah ialah apa yang kita anggap selama ini sebagai
Bigfoot)
“Pengintip apa?” mereka bertanya lagi.
“Tak usahlah kamu bertanya lagi. Pergilah kamu temui seorang
lelaki yang berada di dalam biara (monastri) kerana ia sangat merindukan berita
dari kamu”, jawab binatang itu lagi.
Mereka pun pergilah ke biara itu. Apabila mereka sampai di
dalamnya, mereka menjumpai sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat.
Kedua tangannya dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi
hingga buku lalinya.
“Makhluk apakah kamu ini?” tanya mereka kepada makhluk itu.
“Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku. Kamu pula siapa?”
tanya makhluk itu kembali.
“Kami adalah bangsa Arab. Kami belayar di laut yang
bergelora lalu kapal kami dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami
terdampar di pulaumu ini”, jawab mereka.
Setelah mendengar penjelasan mereka, makhluk berantai itupun
bertanya, “Cuba ceritakan kepadaku tentang kurma di Baisan. Adakah ia masih
berbuah?”, tanya makhluk itu.
“Ya! Ia masih berbuah.” jawab mereka.
“Sesungguhnya hampir ia tidak berbuah lagi. Bagaimana pula
tentang Tasik Thabariayah (Sea of Galilee)? Apakah ia masih ada air?” tanya
makhluk itu lagi.
“Airnya masih banyak.” jawab mereka.
Lalu dia berkata “Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan
kering”. Kemudian dia bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan mata air Zughar?
Apakah masih ada airnya dan apakah penduduk di sekelilingnya masih menggunakan
mata air itu untuk tanaman mereka?” tanya makhluk itu lagi kepada mereka.
“Ya! Airnya masih banyak dan penduduk di sekelilingnya masih
menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka”, jawab mereka.
“Bagaimanakah dengan nabi orang-orang ummiyin (yakni Nabi
Muhammad SAW)? Apakah yang dikerjakannya? Dan apakah orang-orang Arab
memeranginya?”
“Dia dilahirkan di Mekah dan telah berhijrah ke Yathrib
(Madinah). Ya, mereka memeranginya” jawab mereka.
“Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka?” tanya
makhluk itu berkenaan Rasulullah.
“Dia telah banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka,
bahkan hampir semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya”
mereka menjawab.
“Sungguhkah itu yang terjadi?”, tanya makhluk itu untuk
mendapatkan kepastian.
“Ya! Sesungguhnya itulah yang terjadi”, jawab mereka dengan
yakin.
Lalu makhluk itu berkata:
“Kalau mereka mengikutinya, maka itulah yang terbaik. Maka
sekarang ini aku ingin memberi tahu kepadamu siapakah sebenarnya aku. Akulah
Al-Masih Ad-Dajjal. Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku
keluar nanti aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada
sebuah kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali
Makkah dan Tahibah (Madinah). Kedua kota ini diharamkan ke atasku. Aku dihalang
oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal kedua-dua kota itu
daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang menjaganya”, terang
makhluk yang bernama AD-DAJJAL AL-MASIH itu.
Rasulullah SAW menghentak tongkatnya seraya berkata “Inilah
Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah yakni Madinah. Bukankah aku
telah sampaikan berita ini kepada kamu semua?”
“Benar, wahai Rasulullah!”, para sahabat menjawab.
Di mana dajjal akan keluar?
-Nabi Muhammad bersabda صل الله عليه وسلم :
"Dajjal akan keluar di Asfahan@Khurasan di Iran(ramai syiah di sini)"
Sebelum munculnya dajjal sebenar, akan keluar 30 dajjal kecil. Antaranya ialah kini, Pemerintah Bashar Assad yang mengisytihar diri sebagai tuhan.
Macam mana rupa dajjal????? Matanya buta di sebelah kanan, mata di sebelah kiri terkeluar sedikit dan dahinya tertulis 3 huruf كفر (kafir). Allahu..
Apa slogan dajjal??? "Akulah Tuhan sekalian alam"..
Dajjal muncul selama 40 hari. Menurut ulama' panjang 1 hari bersamaan 365 hari(setahun) dan panjang sehari adalah hakikat bukan simbolik semata-mata. Hari kedua = 30 hari, hari ketiga = 7 hari, hari keempat dan seterusnya kembali seperti biasa..Jumlah hari dajjal berada di bumi selama 440 hari.
Para sahabat bertanya 2 soalan kepada Rasulullah صل الله عليه وسلم
1) "Adakah cukup solat kami 5 waktu?"
Nabi صل الله عليه وسلم bersabda:::"Tidak cukup solat 5 waktu, tetapi setiap kali masuk waktu solat kamu perlu solat".
2)"Sempat ke dajjal mengelilingi bumi???Laju k?"
Nabi صل الله عليه وسلم bersabda:::"Dajjal ini kelajuannya seperti awan yang ditolak oleh angin kencang."
Bila dajjal mengisytiharkan diri...
-Langit berhenti menurunkan hujan dan tanah juga tidak mengeluarkan sebarang tumbuhan.
-Manusia kelam kabut apabila ketiadaan air dan makanan.
-Manusia sanggup berbunuhan untuk dapatkan airi dan makanan.
-Semua manusia akan tunduk kpd dajjal kecuali orang2 yg beriman sahaja.
-Makanan org2 beriman ialah zikir
-Orang beriman kenyang dgn mengamalkan zikir ini selama 40 hari.
Dajjal muncul bersama 70 000 pengikut(yahudi Iran-pembantu kanan dajjal). dajjal membawa kekayaan dunia dan sihir hebat dgn menyeru bumi mengeluarkan tumbuhan, menyeru langit menurunkan hujan dan menundukkan tanah. Sihir dajjal yang paling hebat ialah menghidupkan orang mati.
Marilah kita sama-sama menyiapkan bekalan untuk mengadapi hari bertemu dajjal dan hari akhirat.
Di antara amalan yang boleh dibuat ialah:
1)mencari ILMU
2)BERIMAN dengan sebenar-benarnya.melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNYA.
3)membaca 10 ayat pertama surah al-kahfi(elak fitnah dajjal) dan 10 ayat terakhir surah al-kahfi (elak fitnah2 dunia).Paling mujarab baca 20 ayat di waktu pagi dan 20 ayat di waktu petang atau malam..
Sekadar itu perkongsian drp Ustaz Wadi Annuar..moga dapat kita ambil iktibar dan amalkan..
Semoga Allah menjaga kita semua dan sentiasa dalam perlindunganNYA..insya ALLAH Aamiin :)
Sekadar itu perkongsian drp Ustaz Wadi Annuar..moga dapat kita ambil iktibar dan amalkan..
Semoga Allah menjaga kita semua dan sentiasa dalam perlindunganNYA..insya ALLAH Aamiin :)
WALLAHU A'LAM...
Tintanajihah: "Keep ALLAH in our heart"
No comments:
Post a Comment