segala puji bg ALLAH yg masih mengizinkan diri ini utk terus berjuang di atas muka bumi ini. selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga & para sahabat baginda..
Syukur kepadaMU YA ALLAH..
hari nie aku ditarbiyah dalam halaqah bersama akak senior dan akhawat2.
###bersyukurlah dgn nikmat hidayahNYA..kita dipilih utk menghadiri halaqah ini..sedangkan rakan-rakan lain masih sibuk dengan urusan lain. ALLAH masih memelihara hidayah yg diberikan kepada kita kerana tak mahu kita tersesat. Hidayah boleh diperoleh melalui pelbagai cara. Sentiasalah memandang sesuatu dgn pandangan positif yg mana terdapat pelbagai hikmah di atas apa jua perkara yg berlaku.
###walaupun kita melalui pelbagai tapisan , namun kita masih diberi peluang utk mendekatkan diri kpd ALLAH.
###sedarkah kita, adakah kita berada dalam dakwah Islam & menyebarkan Islam kepada orang2 di sekeliling kita? mcm mana dgn roomate kita? adakah kita menasihati mereka jika mereka berbuat kesilapan?
###antara ciri orang munafik: walaupun seseorang itu Islam, namun dia tidak menunjukkan ciri-ciri dan nilai dalam Islam yg sebenar.Dia tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Muhasabah diri supaya tetap istiqamah dalam agama Islam."aku paling terasa dgn kata-kata ini. seolah-olah memberi teguran kpd diriku sendiri"
###tetapkan diri supaya tetap istiqamah dalam melakukan rutin harian yg mana dapat mendekatkan diri kepada ALLAH. Berusahalah utk mengelakkan diri drp hasutan syaitan yg direjam. Au'zubillah himinassyaithonirrojim..
No comments:
Post a Comment