Friday, August 19, 2011

Hari Jumaat





Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..Allah masih memberikan nikmat nyawa..
iman dan Islam..
Hari ni hari jumaat hari segala penghulu hari..19 Ramadhan 1432 Hijrah=19 Ogos 2011
bersyukurlah,kerana kita masih berkesempatan hidup pada hari ini..di bulan Ramadhan..
ingin berkongsi tentang fadhilat hari jumaat..






diambil daripada http://www.islam.gov.my(laman web JAKIM)

Jumaat Penghulu Segala Hari


Tarikh: 
 Oct 10, 2008

Riwayat: 
 (al-Bukhari)

Kategori: 
 Akidah
Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Keberkatan Hari Jumaat


Tarikh: 
 Aug 08, 2008

Riwayat: 
 Anas r.a

Kategori: 
 Akidah
Hadith: 
Nabi s.a w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua Malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu disebelah kanannya dan yang satu lagi disebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati.maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu." Dan pada satu Athar, ada disebutkan bahawa kedua Malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari Kiamat - jika ia seoarang kafir.

Banyakkan amal ibadat di hari yg penuh keberkatan ini..sama2 kita ambil iktibar.

No comments:

Post a Comment