Indahnya sebuah pertemuan,
Jika dicucuri dengan rasa sayang dan cinta kerana ALLAH,
Andainya berlandaskan keimanan dan ketaqwaan,
Bukannya mengejar nama atau pangkat,
Tapi berbekalkan keredhaan ALLAH.
Namun,
Lumrah dalam pertemuan,
Perpisahan bakal memunculkan diri,
Tiada siapa mampu menghalang,
Kerana itu adalah qada' dan qadar ALLAH,
Bersyukurlah dengan pertemuan dan perpisahan,
Kerana itu adalah nikmat & ujian ALLAH,
Untuk menguji keimanan makhlukNYA,
Sebagai tarbiyah dalam kehidupan,
Untuk menuju jalan yang penuh keberkatan ALLAH.
No comments:
Post a Comment