Saturday, April 23, 2011

Hargailah orang yang tersayang

Alhamdulillah...
HambaMu ini masih diberi nikmat hidup untuk terus beribadat kepadaMU..


Sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas meninggalkan kita..
Adakah kita hanya ingin membiarkan masa itu pergi begitu sahaja tanpa kita berusaha utk mengejarnya???


Hargai masa dengan sebaiknya..
BEGITU JUGA DENGAN SIFAT KASIH SAYANG..
Fitrah manusia untuk menyayangi dan disayangi. Inilah nikmat yang diberikan ALLAH kpd manusia untuk memenuhi keperluan manusia. Selagi mausia itu normal, maka adalah menjadi fitrahnya untuk menyayangi seseorang. Sama ada ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Sesuai dengan hadis Baginda SALLALLAHUALAIHIWASALLAM:


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”. (

Riwayat at-Tabrani)


Namun, ingatlah walaupun sebanyak mana kita menyayangi dan memerlukan kasih sayang orang lain, letakkanlah CINTA ALLAH DAN RASUL-NYA melebihi segala yang ada di atas muka bumi ini, kerana itulah hakikat sebenar cinta seorang hamba kpd Tuhan dan Rasul. 
Firman Allah s.w.t.: Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).
(Surah  Al-Baqarah  2;165).

Perkongsian ilmu:
Sabda Nabi SALLALLAHUALAIHIWASALLAM:
"Jika kamu memudahkan urusan kepada orang lain, maka ALLAH akan memudahkan urusan kamu di dunia & akhirat"







No comments:

Post a Comment