Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan rasa. Show all posts

Wednesday, February 01, 2012

Ya ALLAH

Bismillahirrahmanirrohim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Alhamdulillah, selawat & salam buat junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,
ahli keluarga & para sahabat baginda....





YA ALLAH,
Beratnya ujianMU ini,
Namun, aku tahu,
Engkau tidak akan membebankan hambaMU,
sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya,
Teringat aku kepada firmanMU dlm Surah Al-baqarah 2:286,
Perginya seorang hambaMU yg dipinjamkan kepadaku,
Tanpa sempat aku menatapnya buat kali terakhir,
Namun aku redha dan pasrah Ya Allah,
Janganlah biarkan aku terus menyalahkan diriku dan takdirMU,
Kuatkan iman dan tabahkan hatiku,
Ingatkan aku  dengan tarbiyah hidup ini,
UjianMU sebagai langkah menuju darjat yang tinggi di sisiMU,
Sesungguhnya orang yg beriman yakin dengan segala ketetapanMU,
Hikmahnya tersembunyi di sebalik setiap apa yang berlaku,
YA ALLAH,
Doaku moga Engkau memberi kekuatan kepadaku,
Meneruskan hidup di atas muka bumi ini,
Sebagai hamba ALLAH dan khalifah 0230;5156,
Aku berdoa semoga Engkau,
Tempatkan arwah ayahku dalam kalangan orang-orang yang beriman,
Hanya titipan doa dan AL-FATIHAH mampu aku sedekahkan kepadanya,
Tanda harapanku kepadaMU,
Sebagai pengubat rindu dan sayang kepada ayahku.
AMIN...

Saturday, October 15, 2011

Bismillahirrahmanirrohim
ASSALAMUALAIKUM.
selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..& ahli keluarga baginda..

YA ALLAH, banyaknya dosa hambaMU ini. Ampunilah segala dosaku.. bila direnungkan semula, apakah ana benar2 bersyukur dgn nikmatMU? Hatiku keluh-kesah sekarang ini.

Wednesday, October 05, 2011

ALHAMDULILLAH,akhirnya sahabat ana  bertanyakan khabar ana(melalui SMS) walaupun sudah lama kami tidak berhubung..ana sangat2 rindukannya..
syukur kepadaMU YA ALLAH..
DIA Maha Mendengar doa hambaNYA...

Tuesday, September 27, 2011

RINDUKANmu sahabatku..

ALHAMDULILLAH..
aku masih dapat hidup di muka bumi ini.

aku menyayangimu,sahabatku!!!


Setiap kali aku teringatkannya, aku sebak & sedih..
takku jangka sekejapnya masa utk kami bersama.
engkau pergi meninggalkanku tanpa diketahui puncanya yg sebenar.
rupanya segala masalah yg kau pendam & akhirnya kau luahkan padaku,
merupakan detik yg paling menyedihkanku,
takku sangka engkau menyembunyikan masalahmu,
dan bila engkau ceritakan padaku,
baru ku tahu engkau terseksa.
tapi kenapa?kenapa?kenapa?
baru sekarang engkau luahkan?
kenapa biarkan hatimu terluka dan sakit?
aku cuba utk memahamimu,
aku cuba untuk mencari jalan penyelesaian,
namun aku terlambat,
maafkanku sahabatku,
aku tak mampu menolongmu,
akhirnya masalahmu manjadi semakin besar,
hingga akhirnya engkau perlu berehat sementara waktu,
meninggalkanku sendirian,
namun,
paling menyedihkanku,
akhirnya engkau meninggalkanku selama-lamanya daripada penglihatanku,
aku sudah tidak dapat bertemu denganmu,
mahupun mahu bertanya khabar denganmu,
kenapa?adakah aku berbuat silap kepadamu?
adakah engkau masih marah denganku?
aku tak tahu... =(
aku hanya mampu berdoa semoga dirimu sentiasa di bawah rahmat ALLAH.
Moga ALLAH lindungimu daripada kejahatan & kecelakaan.
aku doakan engkau teruskan semangat utk berjuang menghadapi liku-liku dan mehnah dalam kehidupan.
moga dikau bahagia dan berjaya  di dunia & akhirat.AMIN.
Aku rindukanmu sahabatku..
hanya ALLAH yg Maha Berkuasa menentukan segala-galanya.
moga satu hari nanti, aku akan dapat bertemu kembali denganmu...=)




Saturday, September 24, 2011

Hari nie mood sedih melanda diri..
YA ALLAH, aku rindu nak balik umoh..
tibe2 terasa rindu nak jumpa mok..dah hampir sebulan..
tapi apakan daya nak balik..
urusan masih banyak yg perlu disiapkan..


YA ALLAH..
kuatkan hambaMU ini,
tibe2 teringatkan arwah ayah,
air mataku menitis mencurah-mencurah,
susah untuk aku berhenti,
dah hampir 8 bulan arwah ayah pergi,
meninggalkan aku yg masih belajar ini,
tak sempat utk aku tatap wajahnya yg terakhir,
maafkanku ayah..
aku hanya mampu berdoa semoga arwah ayah tenang di alam sana..AMIN.
Yang pergi biarkan pergi,
persiapkanlah diri untuk menghadapinya,
dirimu juga akan bakal mengikutinya.

Sunday, July 10, 2011

DI SEBALIK BUKU PERJALANAN

بسم الله الرحمن الرحيم
ALHAMDULILLAH..
dah lama tak menaip di ruangan ini..rindunyer
Pagi tadi ambe keluar bersama 2 orang rakan.kitorang keluar utk beli barang2 keperluan.
sambil membeli belah buku2 di Kedai buku syabab di PKNS..HARI NIE LAST promotion..
ramai jugok orang yg beli buku..promotion 25%,dan banyak ag..
lepas 2,kami g makan kat restoran Rimba.
lepas saje kami habis makan,kawanku nak byr bil makanan..tapi apa yg mengejutkan kami,ada insan yg berhati mulia telah membayar bil makanan kami.alhamdulillah,rezeki ALLAH..SYUKUR sangat2..
lepas 2,kami pun beredar ke billion utk beli sedikit barangan.,
teringat ambe akan satu pesanan ustaz,cara kita nak kenal seseorang(menurut saidina umar) lihatlah ketika makan,bermusafir dan tidur..kamu dapat lihat sifat2 dlm diri seseorang apabila berlaku satu2 peristiwa.
ALHAMDULILLAH,seronok sgt keluar hari nie..walaupun sekejap,moga diri ini sentiasa ambil iktibar daripada setiap perkara yang berlaku di sekeliling ini.AMIN

Friday, July 01, 2011

Terima Kasih teman-temanku

BISMILLAHIRRAHMANIRROHIM.
ALHAMDULILLAH..hamba ini  masih diberi nikmat nyawa dan iman.
Teman-teman..
Adanya kalian memberi kekuatan kepada diri ini,
walaupun berjauhan dengan keluarga tersayang,
walaupun rindu seringkali menjengah,
terutamanya kepada mak di kampung,
ALHAMDULILLAH,
ALLAH masih menjagaku,
dengan ukhwah dan titipan-titipan ilmu,
dalam mencari keredhaan ALLAH.


Berkawanlah dengan teman yang baik..semoga kita juga menjadi orang yang baik

Friday, May 27, 2011

Hakikat sebuah pertemuan & perpisahan

Indahnya sebuah pertemuan,
Jika dicucuri dengan rasa sayang dan cinta kerana ALLAH,
Andainya berlandaskan keimanan dan ketaqwaan,
Bukannya mengejar nama atau pangkat,
Tapi berbekalkan keredhaan ALLAH.
Namun,
Lumrah dalam pertemuan,
Perpisahan bakal memunculkan diri,
Tiada siapa mampu menghalang,
Kerana itu adalah qada' dan qadar ALLAH,
Bersyukurlah dengan pertemuan dan perpisahan,
Kerana itu adalah nikmat & ujian ALLAH,
Untuk menguji keimanan makhlukNYA,
Sebagai tarbiyah dalam kehidupan,
Untuk menuju jalan yang penuh keberkatan ALLAH.